Sejarah Penubuhan
Penubuhan
Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2001, dan didaftarkan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 3 November 2001. Mesyuarat Agung penubuhan PGSM telah diadakan di Dewan APDC, Persiaran Duta, Off Jalan Duta, Kuala Lumpur dan bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan PGSM.
2001
Penjenamaan
Pada 10 Februari 2015, PGSM telah dijenamakan dan didaftarkan semula dengan nama PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM) (2015) dengan No. Pendaftaran: PPM-006-14-10022015, bagi membolehkan penubuhan cawangan-cawangan PGSM di seluruh negara dengan mengekalkan objektif penubuhan dan logo yang sama.
2015
Terkini
Sehingga kini, PGSM telah mempunyai sebanyak DUA BELAS (12) Cawangan Berdaftar serta mempunyai ahli berdaftar seramai lebih 1,300 orang di seluruh negara, yang dipimpin oleh Jawatankuasa Negeri masing-masing.
2026
Berikut adalah senarai cawangan Jawatankuasa Negeri di seluruh Malaysia:
|
Nama & Alamat Cawangan
|
No. Cawangan
|
|---|---|
|
PGSM Cawangan Negeri Sembilan (PGSMNS) |
PPM-006-14-10022015-000001 |
|
PGSM Cawangan Pulau Pinang (PGSMPP) |
PPM-006-14-10022015-000002 |
|
PGSM Cawangan Melaka (PGSMM) |
PPM-006-14-10022015-000003 |
|
PGSM Cawangan Selangor (PGSMS) |
PPM-006-14-10022015-000004 |
|
PGSM Cawangan Perlis (PGSMPs) |
PPM-006-14-10022015-000005 |
|
PGSM Cawangan Johor (PGSMNJ) |
PPM-006-14-10022015-000006 |
|
PGSM Cawangan Wilayah Persekutuan (PGSMWP) |
PPM-006-14-10022015-000007 |
|
PGSM Cawangan Kedah (PGSMK) |
PPM-006-14-10022015-000008 |
|
PGSM Cawangan Perak (PGSMPk) |
PPM-006-14-10022015-000009 |
|
PGSM Cawangan Kelantan (PGSMKel) |
PPM-006-14-10022015-000010 |
|
PGSM Cawangan Pahang (PGSMP) |
PPM-006-14-10022015-000011 |
|
PGSM Cawangan Terengganu (PGSMT) |
PPM-006-14-10022015-000012 |
Walaupun PGSM tidak mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak, akan tetapi PGSM juga mempunyai ahli berdaftar di kedua-dua negeri tersebut. PGSM juga menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Peguam Syarie Sarawak (PPSS) dan Persatuan Peguam Muslim Sabah (AMAL).
Dengan keahlian lebih 1,300 orang di seluruh negara, PGSM adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) utama yang menaungi Peguam Syarie di negara ini.
PGSM banyak terlibat dalam isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat, terutama yang melibatkan institusi keagamaan dan syariah di negara ini. Pandangan PGSM sering diminta oleh pihak-pihak kerajaan, badan berkanun, NGO-NGO khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan isu umat Islam, perlembagaan dan undang-undang Islam di negara ini.
Nama-nama yang pernah memimpin sebagai Presiden PGSM ialah seperti berikut:
| Tahun | Presiden | |
|---|---|---|
|
2002 - 2004
|
:
|
Y.Bhg Tuan Haji Muhamad Bin Burok
|
|
2004 - 2006
|
:
|
Y.Bhg Tuan Haji Muhamad Bin Burok
|
|
2006 - 2009
|
:
|
Y.Bhg Dato' Haji Zainul Rijal Bin Abu Bakar
|
|
2009 - 2012
|
:
|
Y.Bhg Tuan Mohamad Isa Bin Abd Ralip
|
|
2012 - 2015
|
:
|
Y.Bhg Tuan Musa Bin Awang
|
|
2015 - 2016
|
:
|
Y.Bhg Tuan Musa Bin Awang
|
|
2016 - 2018
|
:
|
Y.Bhg Tuan Musa Bin Awang
|
|
2018 - 2020
|
:
|
Y.Bhg Tuan Musa Bin Awang
|
|
2020 - 2022
|
:
|
Y.Bhg Tuan Musa Bin Awang
|
|
2022 - 2024
|
:
|
Y.Bhg Tuan Musa Bin Awang
|
|
2024 - 2026
|
:
|
Y.Bhg Tuan Musa Bin Awang
|