Cadangan Aktiviti Utama Pertubuhan Pada 2026-2027
Untuk sesi 2026-2027, PGSM akan meneruskan perancangan aktiviti-aktiviti untuk masyarakat, ahli, seluruh Peguam Syarie, dan Pelatih Dalam Kamar sebagaimana berikut:
Meneruskan usaha memperkasakan profesion guaman syarie di negara ini
PGSM melalui PGSM Negeri-negeri sedang mempergiatkan usaha kea rah pemerkasaan profesion guaman syarie di negara ini samada dalam bentuk pindaan kepada kaedah/peraturan Peguam Syarie negeri-negeri atau kea rah penggubalan Enakmen Peguam Syarie negeri. Pada masa sama usaha dilakukan bagi memudahkan proses penerimaan masuk secara bersilang rentas negeri (secara pengendorsan) khususnya kepada Peguam Syarie yang telah ada sijil negeri lain. Hasrat ini telah dimanifestasikan semasa rasmi semasa Konvensyen Profesion Peguam Syarie Kebangsaan Tahun 2026 pada 27 Jun 2026 yang lalu.
Program Bantuan Guaman Syarie (BAGUS-MADANI)
PGSM akan meneruskan kesinambungan Program Bantuan Guaman Syarie dan dijenamakan semula sebagai BAGUS-MADANI, dengan pengumuman peruntukan kewangan sebanyak RM1.5 juta oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Jun 2026 sempasa merasmikan Konvensyen Profesion Peguam Syarie Kebangsaan Tahun 2026. Program ini mensasarkan lebih 256 kes bantuan guaman dan dan 250 pelanggan untuk konsultasi guaman percuma untuk tempoh satu (1) tahun (2026-2027).
Program KasihnITa – JPW
Program KasihnITa (Kemahiran Perundangan) pada tahun 2026 telah diadakan di setiap negeri dengan kerjasama PGSM Cawangan di Negeri-negeri, yang melibatkan penyertaan seramai lebih 600 orang ibu tunggal di seluruh negara.
Program Bantuan Guaman KasihnITa – JPW (BANGKIT)
Program Bantuan Guaman KasihnITa (BANGKIT) pada tahun 2026 akan diteruskan sekiranya khidmat PGSM masih diperlukan oleh JPW, bagi membantu ibu-ibu tunggal berdaftar dengan JPW untuk menerima bantuan guaman syariah dan sivil.
Program Literasi Undang-Undang Syariah (LUS)
Program Literasi Undang-Undang Syariah kepada masyarakat awam samada secara fizikal atau secara atas talian, yang melibatkan kupasan berkaitan undang-undang syariah akan diteruskan dari semasa ke semasa.
Program Klinik Guaman Syariah (KGS)
Program Klinik Guaman Syarie (KGS) secara percuma kepada masyarakat Islam, diteruskan dari semasa ke semasa, termasuk membuka booth KGS di program-program yang diadakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti JPW, JBG, JKSM dll.
Program Latihan dan Pembelajaran Secara Berterusan kepada Peguam Syarie/Pelatih Dalam Kamar
Program latihan dan pembelajaran secara berterusan kepada Peguam Syarie dan/atau Pelatih Dalam Kamar dalam bentuk kelas, bengkel atau seminar diadakan secara konsisten sepanjang tahun.
Program Sukan, Riadah dan Aktiviti Luar
Pada 2026, Sukan Peguam Syarie (SUKPES) kali ketiga akan diadakan di Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM), Johor pada 14 – 16 Ogos 2026 yang akan melibatkan penyertaan dari 13 buah negeri seluruh negara.
Mewujudkan Tabung Bangunan PGSM
PGSM akan menjalankan usaha mengumpul dana/sumbangan untuk Bangunan PGSM.
Menambah jumlah keahlian dari seluruh Negara
Menggiatkan usaha ke arah pertambahan keahlian di negeri-negeri dengan mengadakan Kempen Keahlian PGSM, mewujudkan Portal Directory Peguam Syarie seluruh negara, sijil pembaharuan keahlian digital, dan lain-lain.
Memperbanyakkan program penyelidikan, pendidikan dan latihan untuk ahli dan Peguam Syarie.
Memperbanyakkan aktiviti penyelidikan undang-undang & hukum Syarak, pengumpulan data dll
Memastikan kebajikan ahli, Peguam Syarie, peguam muda, peguam wanita, dan pelatih dalam kamar (chambering)
Mewujudkan tabung khairat dan bencana ahli untuk membantu ahli-ahli yang hadapi kematian atau bencana, berkerjasama dengan pihak berkuasa agama/Mahkamah Syariah negeri dalam mengendalikan kursus Pra-Peguam Syarie, mewujudkan Kelab PGSM di universiti-universiti tempatan, serta mengadakan kerjasama erat dengan universiti tempatan dan antarabangsa.
Memperbanyakkan bahan penerbitan PGSM
PGSM merancang untuk menerbitkan Buku Seni Guaman Siri 2, buku Nafkah Anak: Dari Kacamata Syarak dan Undang-undang dan buku Kompilasi Qawaid Fiqhiyyah.
Menjalin hubungan baik dengan JKSM, Mahkamah, JAIN, jabatan kerajaan berkaitan & NGO2 lain
PGSM mengadakan siri kunjungan hormat ke jabatan-jabatan yang berkaitan, Mahkamah Syariah, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dll.
Memantau disiplin dan etika ahli, Peguam Syarie dan pelatih dalam kamar
Memantau dan memantapkan disiplin, kebajikan dan kelangsungan peguam muda melalui Kursus Profesional Peguam Syarie dengan kerjasama MAIN, siri town-hall bersama Pelatih Dalam Kamar dll.
Memperbanyakkan program-program kemasyarakatan untuk masyarakat awam
Usaha mengadakan program-program untuk masyarakat awam seperti seminar Wasiat & Hibah, Literasi Undang-Undang Islam dll.; program lawatan ke penjara wanita, rumah-rumah perlindungan wanita dan rumah kebajikan; dan sebagainya.