Matlamat, Objektif & Fungsi Pertubuhan

Sebagai sebuah organisasi yang berperanan dan bertanggungjawab membantu masyarakat beragama Islam di Malaysia dengan memastikan perlindungan undang-undang yang paling berkesan untuk pelanggan.

Matlamat, Objektif & Fungsi

Tujuan, fungsi dan matlamat Pertubuhan adalah seperti berikut:

1
Menyatukan Peguam Syarie untuk kepentingan dan faedah Peguam Syarie, undang-undang dan Hukum Syarak.
2
Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli melalui aktiviti-aktiviti berfaedah.
3
Sebagai perantaraan bagi institusi-institusi perundangan, pentadbiran Islam dan masyarakat Islam dalam perkara-perkara berkaitan dengan Hukum Syarak dan undang-undang Syariah.
4
Sebagai saluran menyampaikan idea, cadangan, bantuan dan sokongan secara kolektif kepada semua pihak dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang berkaitan.
5
Membuat hubungan dan kerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama.
6
Membeli, menjual, memajak, memiliki, menyewa, menukar hakmilik, menyerah, memaju dan membuat lain-lain urusan yang bersangkutan dengan tanah, saham dan lain-lain harta.
7
Meminjam wang untuk kegunaan atau kepentingan PGSM.
8
Menubuhkan yayasan untuk kebajikan pelajaran, latihan pengurusan dan kemahiran untuk kepentingan ahli dan keluarga ahli PGSM.
9
Mencadangkan peruntukan yang sesuai kepada pihak yang berwajib terhadap perundangan dan amalan guaman yang lebih baik berdasarkan perundangan Islam.
10
Memartabatkan profesion guaman Syarie, institusi dan perundangan Syariah.