Diyat tidak terpakai dalam semua kesalahan jenayah

Kuala Lumpur: Diyat atau ganti rugi tidak terpakai dalam semua kesalahan jenayah, tetapi khusus kepada jenayah yang membabitkan mangsa seperti pembunuhan atau mendatangkan kecederaan. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata sifat diyat pula bukanlah bersifat gantirugi secara mutlak, akan tetapi diyat ialah suatu hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang Islam atas kesalahan membunuh […]

Kaji semula peruntukan undang-undang jenayah syariah

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri dan pihak berkuasa wajar mengkaji semula peruntukan undang-undang jenayah syariah sedia ada, bagi memastikan ia tidak dicabar dan menjadi mangsa pihak tertentu. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa badan perundangan Selangor tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah, memberi implikasi […]

Laporkan kegiatan mak nyah

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) boleh mengambil tindakan terhadap individu atau golongan yang menonjolkan perwatakan bukan jantinanya seperti lelaki berlagak wanita di tempat awam dan media sosial. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang, berkata sekiranya terdapat aduan rasmi terhadap golongan mak nyah berkelakuan tidak bermoral di tempat awam, tindakan boleh diambil […]