Usaha pendekkan tempoh penyelesaian kes syariah

Kuala Lumpur: Semua pihak yang menguatkuasakan undang-undang syariah, digesa berusaha memendekkan tempoh penyelesaian suatu kes yang dikendalikan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata tempoh menunggu lama penyelesaian sesuatu kes dibimbangi akan menimbulkan kezaliman kepada sesuatu pihak. “Lagi panjang kes itu berlanjutan, ia akan menyebabkan kezaliman kepada pihak-pihak […]
Persatuan Peguam Syarie Malaysia sambut baik cadangan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 24 Mac – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak. Presiden PGSM, Musa Awang berkata, cadangan itu juga bertujuan bagi mengelakkan masa yang terlalu lama diambil […]
Beri kuasa kepada kerajaan negeri pinda kuasa Mahkamah Syariah

Kuala Lumpur: Kerajaan digesa mengambil pendekatan jangka panjang untuk meminda Butiran 1, Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri menggubal undang-undang bagi memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah Negeri. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, ia bagi menjalankan kuasa semakan kehakiman ke atas keputusan yang dibuat […]