Persatuan Peguam Syarie Malaysia sambut baik cadangan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 24 Mac – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyambut baik cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya hakim Mahkamah Syariah membuat perintah secara serentak bagi permohonan perceraian dan urusan tuntutan nafkah untuk isteri dan anak-anak.

Presiden PGSM, Musa Awang berkata, cadangan itu juga bertujuan bagi mengelakkan masa yang terlalu lama diambil untuk menyelesaikan isu itu sehingga bekas isteri dan anak-anak tidak mendapat keadilan.

Beliau berkata, PGSM optimis cadangan Perdana Menteri itu boleh dilaksanakan dengan balk sekiranya mendapat kerjasama semua pihak yang terlibat samada di pihak litigan, Mahkamah Syariah termasuk Peguam-Peguam Syarie dengan meletakkan matlamat memberikan keadilan sebagai keutamaan.

Jelasnya, bagi amalan sekarang, satu persatu kes difailkan ke mahkamah, iaitu diselesaikan kes perceraian terlebih dahulu kemudian difailkan tuntutan nafkah iddah dan nafkah anak-anak.

“Tuntutan nafkah akan memakan masa yang lama sekiranya ada pertikaian antara pihak-pihak berhubung jumlah atau kadar nafkah.

“Tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah kebiasaannya akan tergolong dalam tiga kategori iaitu, pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah, perceraian dengan talak atau perintah (Seksyen 47 Akta/Enakm( Undang-Undang Keluarga Islam) atau perceraian secara taklik (berdasarkan taklik surat nikah) atau fasakh (pembubaran perkahwinan dengan perintah Hakim), li’an dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Musa, bagi pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah, semasa isteri hadir untuk memfailkan tuntutan pengesahan perceraian, maka boleh dapatkan kepastian daripada isteri sama ada berlaku rujuk semula dengan pasangan.

Beliau berkata, jika tidak berlaku rujuk (atau perceraian talak 3), maka isteri boleh dinasihatkan untuk memfailkan sekali tuntutan nafkah iddah dan/atau nafkah anak-anak. Kes-kes yang difailkan tersebut boleh ditetapkan serentak pada tarikh pendengaran yang sama.

“Bagi perceraian dengan talak atau Perintah (Seksyen 47), di dalam Sub-Seksyen 47 (1) (f) Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri telah memperuntukkan bahawa seseorang suami atau seseorang isteri yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada mahkame dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan mengandungi…syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu,” katanya.

Katanya, semasa membenarkan suami melafazkan cerai, hakim boleh mendapatkan persetujuan pihak-pih berdasarkan apa yang dinyatakan dalam dokumen permohonan cerai tersebut, berkenaan dengan kadar nafkah iddah dan/atau nafkah anak-anak, untuk dijadikan sebagai perintah mahkamah.

“Bagi perceraian secara taklik (berdasarkan surat nikah) atau fasakh, li’an dan lain-lain, ia mungkin sukar diputuskan serentak kerana dalam kes-kes sebegini kadang-kadang ia diputuskan tanpa kehadiran suami (ghaib, hilang, tidak hadir dan sebagainya),” katanya.

Sumber: dagangnews.com