Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
LATEST ARTICLES & ACTIVITIES
Tarikh Artikel Wednesday, 07 August 2013
Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(Shariah Lawyers Association of Malaysia)
Sekretariat PGSM
d/a Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,
Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
No. 71, Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas, 50676 Kuala Lumpur
Tel : 03-6205 7000 sambungan 184. Faks : 03-5511 4391
Blog : http://www.peguamsyariemalaysia.blogspot.com
E-mail : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Rabu, 7 OGOS, 2013

 

PERUTUSAN AIDILFITRI, 1 SYAWAL 1434H

 

oleh Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

kepada seluruh Peguam Syarie, Pelatih Dalam Kamar dan seluruh masyarakat Islam.

 

Assalamualaikum w.b.t

 

Syukur ke hadrat Allah SWT, solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

 

InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, kita semua akan menyambut 1 Syawal 1434H. Saya mewakili semua saf kepimpinan PGSM mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri khususnya kepada seluruh Peguam Syarie, Pelatih Dalam Kamar, pelajar-pelajar Syariah dan undang-undang di universiti-universiti tempatan dan luar Negara, serta seluruh umat Islam.

 

Rakan-rakan Peguam Syarie, serta seluruh umat Islam sekalian.

 Raikanlah hari kemenangan kita setelah sebulan menahan lapar dan dahaga serta berjuang mengawal nafsu sepanjang Ramadhan lillahi ta’ala dengan melaungkan takbir dan tahmid membesarkan Allah SWT, dengan suara yang nyaring beramai-ramai dan dengan penuh  bersemangat, memakai pakaian yang terbaik dan indah yang ada untuk pergi menunaikan solat Aidilfitri, memakai wangi-wangian, ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai, bermaaf-maafan antara satu sama lain bermula dari orang yang paling hampir seperti ibu bapa, suami isteri anak-anak, kaum kerabat dan rakan dan taulan, dan banyakkan bersedekah kepada fakir dan miskin.

 

Sebagaimana Ramadhan, kita dianjurkan juga melanjutkan amalan-amalan baik dan ibadah di bulan Syawal ini. Usia kita adalah rahsia Allah SWT. Mungkin Syawal ini kali terakhir buat kita. Semoga apa yang kita lakukan sepanjang Ramadhan dan sepanjang Syawal ini akan mendapat keampunan Allah SWT serta limpahan rahmah dan berkat daripada-Nya.

 

Rakan-rakan Peguam Syarie, serta seluruh umat Islam sekalian.

 Mutakhir ini, banyak isu-isu yang melibatkan gangguan serta serangan terhadap Islam, termasuk juga cuba mengganggu-gugat Islam sebagai agama Persekutuan yang secara tidak langsung akan memberi kesan kepada institusi Mahkamah Syariah di mana kita semua beramal.

 

Perkara ini memerlukan penglibatan kita semua sebagai pengamal di Mahkamah Syariah. Tanggungjawab kita bukan setakat pergi ke Mahkamah mewakili anak guam atau menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh anak guam dan mahkamah, tetapi sebagai Muslim, amanah atas bahu kita adalah lebih besar dari itu.

 

Disamping menunaikan tanggungjawab ubudiah iaitu ibadah khusus kita terhadap Allah SWT, kita juga mempunyai tanggungjawab khilafiyyah, iaitu tugas kita sebagai pengganti, penyambung kepada legasi yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW agar meneruskan kerja dakwah Baginda, menyampaikan pesanan-pesanan baginda dan mempertahankan Islam dan umat Islam lain, di muka bumi Allah SWT ini.

 

Dari Hudzaifah bin Yaman r.a, Rasulullah SAW bersabda ”Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan golongan mereka.” (HR At-Tabrani).

 

Maka, ayuhlah selepas ini Tuan/Puan bersama-sama PGSM melibatkan diri dalam mempertahankan Islam dan memperkasakan institusi Mahkamah Syariah.

 

Akhir kata, kepada sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati memandu dan berikan konsentrasi sepenuhnya kepada pemanduan. Semoga selamat tiba ke destinasi dan selamat kembali untuk menyambung tugas masing-masing.

 

Sekali lagi, saya mewakili semua pimpinan PGSM sesi ini mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maafkan jika ada salah silap saya dan semua pimpinan di bawah saya, kemaafan zahir dan batin.

 

Taqabbalullah minna waminka, taqabbal ya Karim (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

 

“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak.”

 

MUSA AWANG, p.p.n

Presiden PGSM

Tarikh Artikel Tuesday, 01 January 2013
Oleh Tuan Musa Awang

Assalamu’alaikum w.b.t

 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih dipanjang umur dan dapat menyaksikan labuhnya tirai tahun 2012 serta terpancar fajar baru 2013. Tentu sebahagian besar atau mungkin kesemua azam kita tahun 2012 telah dimakbulkan Allah SWT, dan kita melangkah ke tahun 2013 ini dengan azam yang baru.

 

Tahniah kepada pelatih dalam kamar yang telah lulus dalam temuduga dan telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie. Kepada yang gagal, usah putus asa. Cuba lagi di tahun 2013 ini. Tahniah kepada rakan-rakan kita yang melangsungkan perkahwinan sepanjang cuti panjang persekolahan baru-baru ini. Baaraka Allahu lakuma wa baaraka alaikuma wa jama’a baina kuma fi khair.

 

Tahniah juga kepada rakan-rakan kita yang telah dikurniakan cahayamata. Semoga Allah SWT melindungi zuriat tersebut dan keturunannya dengan peliharaan-Nya, daripada godaan syaitan yang kena rejam, yang dikutuk dan disingkirkan.

 

Tahniah juga kepada rakan-rakan kita yang telah mendapat tempat untuk melakukan latihan dalam kamar, atau yang bertukar majikan yang baru atau yang membuka firma sendiri. Saya bagi pihak PGSM mengucapkan selamat maju jaya.

Tarikh Artikel Wednesday, 19 December 2012
Oleh MUSA AWANG
Sumber Berita Harian

Peguam Syarie Menulis

Apabila sesuatu perkahwinan berakhir dengan perceraian, tidak dapat dinafikan ia akan memberi kesan kepada bapa, ibu dan anak-anak hasil perkahwinan. Namun kesan kepada anak-anak adalah lebih besar berbanding kepada ibu atau bapa.