Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
LATEST ARTICLES & ACTIVITIES
Tarikh Aktiviti Friday, 28 September 2012
Tempat Citrus Restaurant, Bangsar Village

 

Program santai Peguam Syarie bagi membincangkan isu semasa peguam syarie. Dihadiri lebih 10 orang peguam syarie sekitar Wilayah Persekutuan, dalam suasana santai dan harmoni. Konklusi dari perbincangan ini akan di bawa ke Mesyuarat Exco PGSM.

Tarikh Aktiviti Saturday, 22 September 2012
Tempat Bar Negeri Sembilan, Seremban 2

 

Siri jelajahan program latihan untuk mendapatkan panel Peguam Syarie YBGK. Seramai lebih 50 orang peserta terdiri dari Peguam Syarie Negeri Sembilan dan sebahagiannya dari Negeri Melaka. Peserta yang memenuhi jam ditetapkan akan dilantik sebagai Peguam Syarie panel bagi YBGK.

Tarikh Aktiviti Friday, 21 September 2012
Tempat Dewan Seminar, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan

 

Kali pertama diadakan program Muzakarah Arahan Amalan untuk Peguam Syarie. Program dirasmikan oleh YAA Tan Sri Ibrahim Lembut, Ketua Pengarah JKSM. Sesi dikendalikan oleh Tuan Shakir dan Tuan Zakion Dio dari JKSM, dan diselitkan dengan penerangan tentang BSK oleh Tuan Dr Mohd Naim Mokhtar. Seramai lebih 70 orang meyertai. Hasil dari Muzakarah, JKSM bersetuju melantik 2 wakil PGSM dalam Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan JKSM yang berfungsi menyediakan draf dan kertas konsep Arahan Amalan.