Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Visi & Misi

Fokus visi dan misi PGSM sehingga 2017 adalah :-

 

1. Mempergiatkan usaha ke arah merealisasikan AKTA PROFESION GUAMAN SYARIE, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Khas (Task Force) Akta Profesion Guaman Syarie di bawah seliaan Timbalan Presiden PGSM.

2. Melebarkan usaha penubuhan CAWANGAN Persatuan di negeri-negeri lain seperti Pahang, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak dan Johor.

3. Mencari DANA, TAJAAN atau SUMBER KEWANGAN sebanyak mungkin untuk Persatuan, termasuk ke arah pemilikan premis Persatuan.

4. Menambah jumlah KEAHLIAN dari seluruh negara, termasuk Sabah & Sarawak.

5. Memperbanyakkan program PENYELIDIKAN, PENDIDIKAN & LATIHAN untuk ahli-ahli dan peguam syarie.

6. Memastikan KEBAJIKAN ahli Persatuan, peguam syarie, peguam muda, peguam wanita, dan pelatih dalam kamar (chambering) dipelihara.

7. Mengekalkan momentum program SUKAN, REKREASI dan RIADAH termasuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar.

8. Meningkatkan mutu dan persembahan LAMAN SESAWANG Persatuan, sesuai dengan perkembangan teknologi semasa, termasuk aplikasi sosial maya yang lain. 

9. Memperbanyakkan bahan PENERBITAN Persatuan, termasuk penerbitan buku-buku ilmiah, Jurnal dan Buletin PGSM.

10. Menjalin HUBUNGAN BAIK dengan jabatan-jabatan kerajaan, mahkamah-mahkamah, jabatan agama Islam negeri-negeri, majlis agama Islam negeri-negeri & NGO-NGO lain.

11. Memantau DISIPLIN dan ETIKA ahli, peguam syarie dan pelatih dalam kamar.

12. Menambahbaik SEKRETARIAT Persatuan, dan ke arah penubuhan Sekretariat PGSM cawangan.

13. Memperbanyakkan program-program KEMASYARAKATAN. 

System.String[]