Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Mengenai PGSM

 

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut:

1. Menyatupadukan peguam syarie untuk kepentingan dan faedah peguam-peguam syarie, undang-undang dan hukum syarak.

2. Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

3. Sebagai perantaraan bagi institusi-institusi perundangan, pentadbiran Islam dan masyarakat Islam dalam perkara yang berkaitan dengan hukum syarak dan undang-undang syariah.

4. Sebagai saluran penyampaian idea, cadangan bantuan sokongan secara kolektif kepada semua pihak dalam menyelesaikan isu-isu semasa yang berkaitan.

5. Mencadangkan peruntukan yang sesuai kepada pihak berwajib terhadap perundangan dan amalan-amalan guaman yang lebih baik berdasarkan perundangan Islam.

6. Memartabatkan profesion guaman syarie, institusi dan perundangan syariah.

 

FASAL 4 KEAHLIAN

1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

A. AHLI BIASA

i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia

ii. Umur Minima : 21 tahun

iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Malaysia

iv. Keturunan : Semua

v. Jantina : Lelaki/Perempuan

vi. Agama : Islam

vii. Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian adalah terbuka kepada warganegara malaysia yang beragama Islam dan mestilah seorang pengamal undang-undang syariah atau mempunyai kelulusan ijazah atau diploma dalam bidang syariah dari mana-mana institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Seorang pelajar universiti atau kolej universiti tidak boleh diterima sebagai ahli pertubuhan ini kecuali dia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh universiti berkenaan. Ahli Bersekutu dan Ahli Kehormat tidak dibenarkan memegang jawatan atau mengundi.

 

B. AHLI BERSEKUTU

Terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.

 

C. AHLI KEHORMAT

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. mereka ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

 

D. AHLI SEUMUR HIDUP

Terbuka kepada ahli biasa yang membayar yuran sekaligus.

 

E. AHLI REMAJA

Tiada

 

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. 

Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung danJawatankuasa Pusat.

 

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

 

FASAL 5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberikenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Cawangan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

1. Bayaran masuk: RM 20.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Sahaja)

2. Yuran

a. Yuran tahunan RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)

(i) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu di dalam tempoh 10 hari dari awal tiap-tiap tahun. Jika cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha Agung.

b. Yuran seumur hidup (perlu dijelaskan semasa permohonan ahli) RM2000

c. Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 2 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

d. Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 3 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

e. Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. 

f. Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

3. Sumbangan

Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.

4. Kegiatan Ekonomi

Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

 

  FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

 

                   2015

 

FASAL 23 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

1. Bendera

-

Keterangan :

-

2. Lambang

Keterangan :

Warna Hijau : Melambangkan nilai murni dalam Islam yang menjadi pegangan Pertubuhan.

Warna Kuning : Melambangkan keutuhan dan sistem raja berpelembagaan yang diamalkan oleh negara.

Warna Merah : Melambangkan kebenaran menegakkan keadilan tanpa gentar dan berkepentingan.

Warna Putih : Melambangkan kesucian dan keikhlasan.

Bukut Terbuka : Melambangkan keilmuan dan keintelektualan.

Tulisan Jawi dan Rumi : Melambangkan budaya dan adat resam masyarakat melayu.

PGSM ialah singkatan bagi Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

2015 ialah tahun pertubuhan berdaftar (semula)

3. Lencana

-

Keterangan :

System.String[]